ACI SESONDOL

Aci sesondol dan rangkaian injap berfungsi bersama untuk membuka dan menutup injap pengambilan dan ekzos enjin. Tindak balas tersebut mestilah dimasakan dengan rapi untuk memastikan enjin bernafas dengan betul dan bahan api terbakar secukupnya. Aci sesondol tidak boleh mentup injap secara langsung. Apabila ia berada di bahagian lengkuk, pegas injap akan menutup injap. Pemasaan aci sesondol dan pegas injap bekerja bersama-sama untuk menutup injap pada masa yang betul.
Aci sesondol merupakan peralatan yang digunakan pada enjin omboh untuk membuka dan menutup injap. Ia terdiri daripada rod silinder yang merentasi enjin dengan beberapa sesondol berbentuk lonjong, satu untuk setiap injap. Sesondol membuka injap dengan menolaknya ataupun menggunakan mekanisme perantaraan, sambil ia berputar.Sesondol ialah perantu yang menukar pergerakan putaran kepada pergerakan salingan. Setiap sesondol mempunyai satu tompok tinggi atau cuping sesondol yang mengawal bukaan injap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

INJAP DAN OPERASI INJAP

Injap adalah bahagian enjin yang berfungsi untuk membuka dan menutup ruang masukan dan ruang ekzos. Dua kaedah menggerakkan injap iaitu :
1. Kaedah terus iaitu tapet akan menolak injap secara terus untuk naik ke atas Tapet digunakan untuk membuka dan menutup injap apabila aci sosondol berpusing.
2. Kaedah injap lengan jumpelang iaitu tapet akan cihubungkan dengan injap oleh lengan jumpelang. Apabila tapet ditilak ke atas injap akan ditolak ke bawah

Terdapat 2 jenis injap iaitu :
a) Injap masukan
- Adalah terletak berhampiran dengan karburetor dan rongga masukan.
- Injap masukan diperbuat daripada logam nikel kromium.
- Ia mempunyai bentuk yang lebih besar daripada injap ekzos.

b) Injap ekzos
- Mepunyai injap yang terletak berhampiran dengan rongga ekzos dan penyenyap bunyi.
- Diperbuat daripada kromium dan silikon.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kelebihan dan Kegunaan @ Sumbangan Web 2.0 Dalam Pembangunan Blog

Tim O’Reilly (pendiri dari O’Reilly Media), mengatakan Web 2.0 merupakan sebuah revolusi perniagaan pada industri komputer karana transformasi internet menjadi sebuah platform. Menurut O’Reilly terdapat tujuh prinsip kelebihan dan kegunaan yang menjelaskan kemampuan inti dari Web 2.0, iaitu:

1. Servis.

Bagi penggunanya, Web 2.0 adalah servis dengan skalabilitas biaya yang efektif. Berbeza dengan media konvensional yang pada umumnya berbiaya mahal. Web 2.0 merupakan media yang bersifat low budget high impact. Dengan biaya yang efisien, Web 2.0 mampu membuat jejaring sosial yang terus membesar serta saling berhubungan.

2. Kontrol.

Pengontrolan unik Web 2.0 menjadikan konten Web 2.0 semakin kaya, seiring bertambahnya jumlah pengguna. Jika dulu pengguna website menjadi pembaca, dengan konsep Web 2.0 pengguna dapat menjadi pembaca dan penulis, termasuk juga mengontrolnya. Dengan kata lain, Web 2.0 merupakan contoh demokrasi “dari rakyat untuk rakyat.”

3. Kepercayaan.

Dalam hal ini terjalin kepercayaan antara penyedia Web 2.0 dan pengguna. Hal mengagumkan yang dihasilkan Web 2.0 adalah kontribusi pengguna tanpa saling mengenal satu sama lain, dari berbagai latar pendidikan dan budaya, telah mampu bersama-sama memelihara eksistensi Web 2.0 dengan dasar kepercayaan para pengguna.

4. Kepandaian Kolek¬tif.

Kelebihan Web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan
pengguna membuat website berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya pada Wikipedia atau website eBay yang menciptakan pasar dengan adanya pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan penjual.

5. Long Tail.

Web 2.0 menciptakan kurva Long Tail yang memberikan variasi pilihan yang tidak terbatas. Chris Anderson “The Long Tail: Why The Future of Business Is Selling Less of More”, menyebutkan kekuatan distribusi, di mana market-market yang mikro dapat menjual dengan volume yang lebih tinggi, dibandingkan dengan volume market makro.

6. Level Software.

Web 2.0 merupakan sebuah servis terintegrasi berbagai device, entah mobile/handheld device, PC, ataupun server internet.

7. Kemudahan.

Dalam banyak hal, penggunaan dan pemanfaataan Web 2.0 dapat memberikan sokongan kemudahan yang mencakupi beberapa hal seperti user interface, model programming, maupun model bisnis.

Rujukan : http://budiwiyono.com/2008/08/06/tujuh-prinsip-web-20

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Perbezaan Web 2.0 dengan Web 1.0

•Keterbatasan pada Web 1.0 yang mengharuskan pengguna internet untuk datang ke dalam website tersebut serta melihat satu persatu isi di dalamnya. Sedangkan Web 2.0 membolehkan pengguna internet melihat isi suatu website tanpa berkunjung ke alamat itu yang bersangkutan.

•Kemampuan Web 2.0 dalam melakukan aktiviti drag and drop, auto complete, chat, dan voice seperti aplikasi desktop, malah boleh jjuga berlaku seperti sistem operasi, dengan menggunakan sokongan AJAX atau pelbagai plug-in (API) yang ada di internet. Hal tersebut akan merubah paradigma pengembang sofware dari distribusi produk menjadi distribusi layanan.

•Kolaborasi dan partisipasi pengguna, juga membantu memperkuat perbezaan pada Web 2.0.

•Suatu website dapat memasukkan beberapa banyak, malah boleh memasukkan tujuh karakter Web 2.0 di dalam situs yang dibangunnya. Semakin banyak karakter yang masuk ke dalam website tersebut, suatu situs akan mendekati Web 2.0.
ukanlah klaim sebagai Web 2.0, namun mampukah perkembangan tersebut membatasi pengguna internet dengan kepentingan perusahaan, komunikasi, atau pengguna Web 2.0

Rujukan : http://cenggiap.net/?p=40

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ciri-ciri web 2.0

•Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada computer dekstop Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada PC. Contoh seperti aplikasi javascript, java applets, php dan yang sebagainya. Saya tidak akan membincangkan technicalities dalam hal ni, tapi jika anda membuka apa-apa website seperti YouTube, iTunes dan sebagainya, anda akan dapat melihat aplikasi tersebut berfungsi secara real-time.

•User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel dan sebagaimana seperti yang ada pada blog, forum, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Jika dalam web 1.0, penggunjung hanya membaca artikel pada website, dalam web 2.0, penggunjung juga boleh menjadi subscriber dan contributor. Juga termasuk platform photo-sharing seperti Flickr dan video-sharing seperti YouTube, GoogleVideo.

•Membolehkan pengguna berkait antara satu sama lain. Platform yang boleh digunakan termasuklah MyBlogLog,untuk blogs, atau add-a-friend seperti pada Friendster atau MySpace. Berbeza dengan link biasa, pengkaitan adalah interactive dan dalam contoh MyBlogLog, membolehkan pengguna mengisi maklumat peribadi dan melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain.

•Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog. Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah site di update. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari kalau-kalau pemilik site tersebut ada menulis artikel baru.

•Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau separa-OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya.

•Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan photos.

• User-friendly interface. Tidak seperti web 1.0 yang selalunya tidak berapa user-friendly, Web 2.0 sites memudahkan sesiapa saja menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get).

Rujukan : http://www.internetmelayu.com/blog/2007/04/30/apakah-web-20/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Makna web 2.0

Istilah Web 2.0 ini telah muncul untuk kali pertama dalam satu sesi perbincangan antara syarikat O'Reilly dengan MediaLive International. Menurut Tim O'Reilly, Web 2.0 adalah satu rangkaian platform, yang melibatkan semua peranti yang bersambungan membentuk dunia maya manakala aplikasi Web 2.0 adalah aplikasi yang memanfaatkan kesemua kelebihan intrinsik yang wujud di platform tersebut. Memberikan khidmat perisian yang sentiasa dikemas kini dan bertambah baik seiring pertambahan pengguna, menggunakan dan menggabungkan data daripada sumber berlainan, termasuk pengguna individu, namun pada masa yang sama turut menyediakan data dan khidmat yang boleh digabungkan oleh pengguna lain; mencipta kesan berangkai melalui "rekabentuk penyertaan" (architecture of participation), dan menembusi metafora helaian elektronik dalam Web 1.0 untuk menyampaikan pengalaman informasi yang mewah kepada pengguna.

Bertitik-tolak daripada idea tentang Web 2.0 ini, Ian Davis menyarankan bahawa Web 2.0 bukanlah merupakan suatu teknologi, tetapi sikap. Perubahan yang sedang melanda dunia maya sekarang adalah perubahan sikap perhubungan manusia dengan Internet, sedangkan teknologi yang digunakan masih lagi teknologi yang sedia ada. Perihal ini disokong oleh pendapat pengasas web, Tim Berners-Lee tentang Web 2.0. Beliau mengatakan bahawa Internet, tidak kira dalam makna yang cuba diberi oleh Web 1.0 atau 2.0, tetap merupakan suatu ciptaan yang terarah kepada perhubungan manusia manakala segala teknologi yang disifatkan sebagai Web 2.0 telah digembleng sejak permulaan kewujudan Internet lagi.

Meskipun ada banyak lagi suara bantahan mencabar ketepatan istilah Web 2.0 yang dianggap sebagai gimik perniagaan dan mengambil kesempatan atas perubahan yang melanda dunia Internet, namun penggunaannya telah merebak dengan cepat sekali di kalangan khalayak IT yang menyebabkan ia wajar diperbincangkan.

O'Reilly percaya aplikasi Web 2.0 mempunyai beberapa ciri khusus dan istimewa yang membezakannya dengan aplikasi-aplikasi Internet terdahulu yang didakwa sebagai aplikasi Web 1.0. Antaranya adalah perbezaan di antara laman web terdahulu yang statik dengan ciri-ciri blog yang lebih terbuka serta mengajak penyertaan dan masukan pengguna. Begitu juga dengan Britannica Online dan Wikipedia; di mana kedua-duanya adalah ensiklopedia tetapi Britannica mempunyai kawalan editorial ketat dan berbayar, manakala Wikipedia mempunyai sistem editorial terbuka tetapi percuma. Perbezaan lain turut didapati antara perisian Netscape dengan enjin carian Google, Akamai dengan BitTorrent, mp3.com dengan Napster, DoubleClick dengan Google Adsense, sistem taksonomi dengan folksonomi serta banyak lagi.

Secara keseluruhan, aplikasi Web 2.0 menjanjikan interaktiviti, keterbukaan, penyertaan orang ramai, perubahan daripada bentuk perisian yang perlu diselenggara oleh pengguna kepada bentuk servis yang sediakala dinamik, serta perkongsian dan pembebasan data - termasuk kod pemprograman, bahan dan idea - yang dapat membuka peluang ekonomi kepada golongan yang diistilahkan sebagai "Long Tail" iaitu orang awam termasuk kita semua.

Ini boleh disaksikan melalui rangkaian sosial popular seperti Facebook yang interaktif, terbuka kepada orang ramai dan semakin berkuasa apabila semakin ramai orang menyertainya. Keterbukaannya dalam perkongsian data tertentu memberi peluang kepada para pembuat aplikasi untuk mencipta aplikasi kecilan lain yang beroperasi sebagai tambahan atau tempelan kepada Facebook itu sendiri sehingga mampu menjana pendapatan daripadanya.

Contoh lain adalah aplikasi web LibraryThing (suatu kemudahan untuk mengkatalog buku dalam talian serta bertukar maklumat tentang buku sesama ahlinya) yang kini membuka data mereka melalui kaedah API (Application Programming Interface) kepada pihak perpustakaan untuk memanfaatkan kira-kira 3 juta imej kulit buku yang telah dimuat naik oleh para pengguna mereka. Selama ini ada perpustakaan yang menggunakan khidmat berbayar untuk mendapatkan imej-imej kulit buku bagi mewujudkan sistem katalog yang lebih mesra pengguna.

Demikian juga Amazon.com, pemain penting dalam dunia aplikasi web, di mana polisi data terbuka mereka memungkinkan peluang orang lain untuk menjadi rakan kongsi perniagaan sehingga tahap individu dengan memautkan data buku serta membuka cawangan kedai maya Amazon dalam talian milik sendiri di blog atau laman web masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

web 2.0

Web 2.0 adalah sebuah aplikasi berbasis web (web base) yang memungkinkan penggunanya untuk merancang dan mengatur sebuah website meskipun dengan pengalaman pemograman yang masih sangat minima. Ertinya, dengan hadirnya konsep web 2.0 telah mengubah paradigma masyarakat internet tentang proses pembuatan dan cara kerja sebuah website. System pemrograman website yang dahulu dianggap ’susah’ , seperti PHP, ASP dan HTML , sekarang telah lebih disederhanakan lagi. Web 2.0 memungkin orang yang benar benar buta sama sekali tentang internet, untuk membuat sebuah aplikasi web base dalam hitungan menit.

Selain itu, ciri yang paling menonjol adalah adanya interakasi dua arah antara pemilik dan pengguna layanan. Pada Web 1.0 hanya mengutamakan kepentingan satu pihak, sedangkan pada generasi keduanya, user dapat ‘masuk’ ke dalam system untuk membentuk jaring jaring sosial di internet.

Sebenarnya masih banyak variable yang dapat dijadikan acuan untuk menilai sebuah aplikasi web base itu termasuk dalam kategori web 2.0 atau bukan. Namun kedua definisi diatas sudah cukup untuk mengartikan bahwa yang disebut web 2.0 adalah sebuah aplikasi web base yang memungkinkan internet user untuk merancang dan membangun sebuah halaman website tanpa harus terlebih dahulu bahasa pemograman yang rumit, serta munculnya interaksi dua arah antar user dan penyedia layanan vs user.Beberapa contoh website yang menggunakan aplikasi web 2.0 antara lain , Youtube.com , Friendster.com, Myspace.com, h5.com. Beberapa contoh tadi boleh menggambarkan apa erti web 2.0 .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

takrif pra sejarah

Mengikut Frank Hole dan Robert F. Heizer, pra sejarah bermaksud sebahagian masa silam manusia yang tidak direkodkan secara bertulis. Sejarah hanya mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,500 SM. Pra sejarah boleh juga dikatakan zaman sebelum 3,500 SM. Zaman pra sejarah ini boleh dikesan melalui bukti terawal yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi seperti bangunan, tembikar dan sebagainya. Selain itu, fosil-fosil manusia zaman pra sejarah juga ditemui di Palestin, Eropah Tengah, Ethopia di Afrika dan China. Orang Neanderthal dan orang Cro-Magnon merupakan dua jenis fosil manusia yang telah ditemui.

Orang Neanderthal ini hidup lebih kurang 50,000 tahun dahulu. Orang Neanderthal ini lebih tinggi daripada manusia Peking dan manusia Jawa. Mereka hidup menetap di dalam gua. Selain itu, mereka juga tahu menggunakan api dan membuat pakaian daripada kulit binatang.

Orang Cro-Magnon pula muncul menjelang tahun 20,000 SM. Mereka mempunyai tahap intelektualisme yang lebih tinggi daripada manusia terawal dan manuisa Neanderthal. Waris-waris bagi orang Cro-Magnon didapati tinggal di Wales, Perancis, Sepanyol dan Afrika Utara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tamadun Islam

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn sina atau avinccina, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

manusia semakin durjana

manusia semakin lupa asal mereka....
manusia tidak pernah mencari penciptanya...
manusia lalai dengan dunia mereka...
manusia dengan teknologi semakin dekat...
sehingga lupa asal dan dimana mereka berpijak...
tanah siapa???air siapa????siapa yang menciptanya?????

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS