ACI SESONDOL

Aci sesondol dan rangkaian injap berfungsi bersama untuk membuka dan menutup injap pengambilan dan ekzos enjin. Tindak balas tersebut mestilah dimasakan dengan rapi untuk memastikan enjin bernafas dengan betul dan bahan api terbakar secukupnya. Aci sesondol tidak boleh mentup injap secara langsung. Apabila ia berada di bahagian lengkuk, pegas injap akan menutup injap. Pemasaan aci sesondol dan pegas injap bekerja bersama-sama untuk menutup injap pada masa yang betul.
Aci sesondol merupakan peralatan yang digunakan pada enjin omboh untuk membuka dan menutup injap. Ia terdiri daripada rod silinder yang merentasi enjin dengan beberapa sesondol berbentuk lonjong, satu untuk setiap injap. Sesondol membuka injap dengan menolaknya ataupun menggunakan mekanisme perantaraan, sambil ia berputar.Sesondol ialah perantu yang menukar pergerakan putaran kepada pergerakan salingan. Setiap sesondol mempunyai satu tompok tinggi atau cuping sesondol yang mengawal bukaan injap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

INJAP DAN OPERASI INJAP

Injap adalah bahagian enjin yang berfungsi untuk membuka dan menutup ruang masukan dan ruang ekzos. Dua kaedah menggerakkan injap iaitu :
1. Kaedah terus iaitu tapet akan menolak injap secara terus untuk naik ke atas Tapet digunakan untuk membuka dan menutup injap apabila aci sosondol berpusing.
2. Kaedah injap lengan jumpelang iaitu tapet akan cihubungkan dengan injap oleh lengan jumpelang. Apabila tapet ditilak ke atas injap akan ditolak ke bawah

Terdapat 2 jenis injap iaitu :
a) Injap masukan
- Adalah terletak berhampiran dengan karburetor dan rongga masukan.
- Injap masukan diperbuat daripada logam nikel kromium.
- Ia mempunyai bentuk yang lebih besar daripada injap ekzos.

b) Injap ekzos
- Mepunyai injap yang terletak berhampiran dengan rongga ekzos dan penyenyap bunyi.
- Diperbuat daripada kromium dan silikon.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS